Kami memahami keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan sekiranya anda dimasukkan ke hospital apabila berlakunya kecederaan badan akibat kemalangan atau disebabkan oleh jangkitan COVID-19.
Dengan baucar RM75 Perlindungan Tenang (PTV) daripada Kerajaan Malaysia, Insurans Pendapatan Hospital Tenang kami menjadikan perlindungan lebih mudah dan mampu milik sesuai dengan belanjawan anda.
*Sila semak kelayakan anda di www.myPTV.my atau www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/ .
^Anda layak untuk menuntut baucar PTV RM75 pada tahun 2022, walaupun telah menuntut PTV RM50 pada tahun 2021.
1 Tertakluk kepada penebusan yang berjaya daripada Pentadbir Dana PTV.
2 Rebat sebanyak 25% ke atas premium kasar akan diberikan melalui pembelian di cawangan MSIG tanpa janji temu. Baki dalam sebarang bentuk tidak akan dibayar balik.
3 Tempoh pengecualian sehingga 31/12/2025.
4 Pembayaran tertakluk kepada penyerahan dokumen yang lengkap.