MSIG membantu melindungi anda dan orang yang penting bagi anda. Kami memahami keperluan untuk mendapatkan bantuan kewangan apabila berlakunya ketidakupayaan atau kematian akibat kemalangan.
1 Rebat sebanyak 25% ke atas premium kasar akan diberikan melalui pembelian di cawangan MSIG tanpa janji temu dan pembelian dalam talian.
2 Tempoh pengecualian sehingga 31/12/2025.
3 Pembayaran tertakluk kepada penyerahan dokumen yang lengkap.
Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Mini PA, sila hubungi Penasihat Insurans MSIG anda atau Rakan Perlindungan Tenang kami, TNG Digital Sdn Bhd (melalui aplikasi TNG eWallet).
Penamaan adalah penting untuk memastikan orang yang anda sayangi mendapat perlindungan yang anda inginkan.
Untuk membantu anda memahami “Penamaan”, kami telah menyediakan Soalan Lazim yang mudah di bawah.
1. Mengapakah saya perlu membuat penamaan?
Penamaan adalah penting untuk memastikan orang yang anda sayangi akan menerima perlindungan yang anda inginkan dan wang polisi boleh dibayar oleh syarikat insurans tanpa sebarang kelewatan. Wang polisi akan dibayar kepada wasi anda yang sah (jika anda telah membuat Wasiat) atau pentadbir anda yang sah (jika tiada Wasiat telah dibuat) sekiranya tiada penamaan dibuat – proses ini akan mengambil masa.
*Jika tiada wasi atau pentadbir yang sah, maka wang polisi akan dibayar kepada orang yang berhak mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan.
2. Siapakah yang boleh saya lantik sebagai penama?
Anda boleh menamakan sesiapa yang anda kehendaki. WALAU BAGAIMANAPUN, tidak semua penama akan menerima wang polisi yang boleh dimanfaatkan atau untuk kegunaan mereka sendiri. Bergantung pada status perkahwinan anda dan siapa yang anda namakan, penamaan mungkin mengakibatkan keputusan yang tidak dijangka untuk penama. Begitu juga, penamaan oleh pemilik polisi beragama Islam dan pemilik polisi bukan beragama Islam mungkin mempunyai kesan yang berbeza.
Bagaimana?
Penamaan dibuat oleh pemilik polisi bukan beragama Islam akan menghasilkan sama ada (i) polisi amanah yang memihak kepada penama atau (ii) polisi bukan amanah.
Untuk memastikan penama anda menerima wang polisi seperti yang anda inginkan, anda perlu memastikan polisi amanah yang memihak kepada penama anda diwujudkan.
3. Bagaimanakah anda boleh mewujudkan polisi amanah?
Polisi amanah akan diwujudkan:
(a) jika penama adalah pasangan atau anak anda; atau
(b) jika penama adalah ibu bapa anda (dengan syarat tiada pasangan atau anak anda yang masih hidup pada waktu anda membuat penamaan).
4. Bagaimana jika saya menamakan orang lain sebagai penama saya?
Dalam keadaan sedemikian, anda mewujudkan polisi bukan amanah. Dalam keadaan ini, penama anda hanya akan menerima wang polisi sebagai wasi dan mengagihkan wang polisi menurut Wasiat anda atau di mana tiada Wasiat dibuat, menurut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Jika anda berhasrat untuk penama ini menerima wang polisi yang boleh dimanfaatkannya dan bukannya sebagai wasi, anda perlu menyerah hak manfaat polisi kepada mereka.
Secara ringkasnya, jika anda menamakan orang selain daripada pasangan, anak atau ibu bapa anda, pastikan anda menyerah hak manfaat polisi kepada mereka untuk memastikan mereka menerima wang polisi untuk kegunaan mereka sendiri. Sila hubungi MSIG sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat mengenai hal ini.
5. Bagaimanakah dengan pemilik beragama Islam?
Penama tanpa hubungan dengan pemilik polisi, hanya akan menerima wang polisi sebagai wasi dan wang polisi mesti diagihkan menurut undang-undang Islam.
6. Saya tidak membuat sebarang penamaan dan Wasiat. Bagaimanakah wang polisi akan diagihkan?
Wang polisi serta aset anda yang lain akan diagihkan menurut undang-undang pengagihan yang berkaitan.
Bagi Semenanjung Malaysia dan Sarawak, Akta Pembahagian 1958 akan diguna pakai, di mana wang polisi dan aset akan dibahagikan antara pasangan, anak-anak dan ibu bapa yang masih hidup dalam perkadaran tertentu.
Walau bagaimanapun, Akta Pembahagian 1958 tidak diguna pakai kepada orang yang beragama Islam di Semenanjung Malaysia dan penduduk asal di Sarawak. Bagi Sabah, wang polisi dan aset akan diagihkan menurut Ordinan Pewarisan Tak Berwasiat 1960.
7. Bagaimanakah cara untuk saya membuat penamaan?
Membuat penamaan adalah sangat mudah. Anda boleh memuat turun Borang Penamaan Insurans Kemalangan Diri yang disediakan di laman web ini atau anda boleh menghubungi kami dan meminta salinannya. Lengkapkan dan kembalikan Borang Penamaan Insurans Kemalangan Diri asal kepada MSIG untuk tindakan selanjutnya – anda mungkin ingin merujuk kepada contoh borang yang telah lengkap diisi sebagai rujukan.
Sila pastikan borang tersebut ditandatangani dan disaksikan oleh seseorang yang berumur 18 tahun dan ke atas, yang waras dan bukan penama yang dinamakan, jika tidak, penamaan tersebut dianggap tidak sah.
*Soalan lazim ini disediakan untuk maklumat umum sahaja. Untuk peruntukan yang terperinci mengenai penamaan, sila rujuk Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Untuk memuat turun salinan Borang Penamaan Insurans Kemalangan Diri, sila klik pada pautan di bawah.
8. Bolehkah saya sebagai orang yang diinsuranskan membatalkan penamaan yang dibuat terdahulu dalam polisi amanah saya?
Ya, anda boleh membatalkan penamaan yang anda buat di bawah polisi amanah anda tetapi menurut undang-undang anda mesti mendapatkan persetujuan bertulis daripada pemegang amanah sebelum pembatalan dianggap sah. (Sila rujuk penerangan dalam soalan 3 di atas). Oleh itu, jika anda ingin membatalkan penamaan, anda boleh memuat turun Borang Persetujuan yang kami sediakan melalui pautan di bawah untuk dilengkapkan. Setelah Borang Persetujuan dan Borang Penamaan baharu yang lengkap diserahkan kepada kami, kami akan menyerahkan endorsan untuk penukaran penama kepada polisi amanah anda.